YANG SUDAH 60 TAHUN

Firman Allah SWT: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat” (Al- Fathir 35: 37)

Dapat difahamkn maksud ayat ini “..Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat..” dari Sabda Nabi SAW: “Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yang dipanjangkan ajal sehingga umur 60 tahun” (HR. Bukhari 6419)

Ibn Abbas menafsirkan ayat yang tersebut yang bertepatan dengan hadits ini: “Umur yang Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dalam firmanNya ini ialah 60 tahun”

Al-khattabi berkata: “Maknanya orang yang Allah panjangkan umur sehingga 60 tahun, tidak diterima lagi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yang dekat dengan kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap-siap bertemu Allah” (Tafsir al-Qurthubi)

Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai? Nabi SAW mengkhabarkan: “Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan-angan” (HR Bukhari)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya: “Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai…Buat yang terbaik dalam umur berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu, Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!”

Maka para ilmuan menasihati bgaimana menjalani umur yang dah mencecah 60 tahun:

  • Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yang tidak ada manfaat utk akhirat
  • Jangan melampau dlm berhias, bersolek dan berpakaian Islami.
  • Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal
  • Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat
  • Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian
  • Banyakkan berdoa mengharapkn keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su’ul khatimah
  • Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang.
  • Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya
  • Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta
  • Kerapkan menghubung silaturahim bagi menggantikan kerenggangan sebelum ini
  • Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi
  • Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati.
  • Maafkan kesalahan orang kepada diri kita, walau bagaimana teruk kesalahan itu.
  • Bereskan segala hutang yang sedia ada dan jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain.

Semoga manfaat untuk semua sahabat-sahabat termasuk yang belum lagi 60 tahun..

KENALI HADIS PALSU MENERUSI MATAN

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.


Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.

Mengkritik Matan
Pembaca internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.
Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadap sanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi adalah sesuatu yang bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.
Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna internet hari ini, kerana ia sekurang-kurang dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.

Ibn Qayyim

Ilmuan hadis yang terbilang iaitu Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu karya beliau Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da’if. Sesiapa yang berkemampuan membaca teks arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasai, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.
Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim; hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Lojik

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)
Antara lain beliau menyebut hadis ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu “Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain; “Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)
Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)
Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.

Canggah Sumber Sahih

Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata. Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)
Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)

Pelik

Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)
Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).
Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.
Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti yang kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.
Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini.

Apa Yang Sedang Berlaku di Turkey ?

Melihat pada akhir-akhir ini banyak berlaku letupan di Turki, di Ankara dan Istanbul khususnya. Hari ini pula kita dikejutkan lagi dengan letupan ke-5 yang mengorbankan orang awam di salah sebuah bandar utama di Turki, iaitu Istanbul. Mungkin ramai yang tertanya atas sebab dan matlamat apa usaha jahat ini dilakukan di Turki. Negara yang populasinya 96.50% muslim dan kini mula dilihat sebagai salah satu negara yang diharap akan memimpin umat Islam dalam menangani isu-isu utama yang membelenggu umat Islam yang tertindas pada saat ini.
Ramai juga yang tertanya siapakah dalang kepada letupan berani mati yang seringkali dilakukan di Turki. Nama-nama organisasi seperti PKK, YPG, PYD dan ISIS sering dikaitan sebagai dalang kepada operasi jahat ini. Ramai yang mengatakan Turki akan menjadi tidak aman sepertimana negara-negara lain yang berhampiran dengannya seperti Syria, Iraq dan Mesir.
Namun, ini kami katakan bahawa situasi di Turki adalah berbeza dengan negara-negara Arab yang lain. Apa yang terjadi di Turki bukanlah kerana revolusi atau ketidakpuasan hati rakyat Turki namun apa yang terjadi sekarang di Turki adalah kerana perasaan hasad dengki dan juga campur tangan kuasa luar yang tidak mahu Turki terus berada dalam keadaan aman dan bergerak lebih maju kehadapan.
Namun sebelum kita berbicara lebih mengenai situasi semasa, kita perlu melihat kepada sejarah dan asal usul punca mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah permusuhan dan perselisihan antara golongan berhaluan kiri ini bermula di Turki. Situasi yang berlaku pada hari ini bertitik tolak apabila Penubuhan Republik Turki pada tahun 1922 yang secara langsung menamatkan sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah ini telah menafikan sebarang hak bangsa lain selain Turki.

Continue reading

Convert or Revert To Islam ?

Definition: Convert is the English word most often used for one who embraces a religion after being raised in another faith. A common definition of the word “convert” is to “change from one religion or belief to another.”

Muslims believe that all people are born with a natural faith in God. According to Islam, children are born with an innate sense of God, which is called the fitrah. Therefore, some people see conversion to Islam as a “return” back to this original, pure faith.

For this reason, many Muslims prefer to say that they have “reverted,” rather than converted to Islam. A common definition of the word “revert” is to “return to a former condition or belief.”

Both terms are commonly used to describe those who embrace Islam as adults, after having been raised in or practicing a different faith system. In Malaysia , Muslims converts are sometimes refered to ” masuk Melayu. ” For some, to become Muslim is to become a Malay because most Malays in Malaysia are Muslims. This connotation results in misunderstanding among the converts and the Muslim community at large. Whatever it is we as converts or reverts  should adhere to:

﴿الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً﴾Qur’an, 5:3

(This day, I have perfected your religion for you, completed My favor upon you, and have chosen for you Islam as your religion.) This, indeed, is the biggest favor from Allah to this Ummah, for He has completed their religion for them, and they, thus, do not need any other religion or any other Prophet except Muhammad . This is why Allah made Muhammad the Final Prophet and sent him to all humans and Jinn.

 

 

Dare to know the truth ?

Letdare to know the truth belakang’s talk frankly.  Almost never do non-Muslims study Islam until they have first exhausted the religions of their exposure.  Only after they have grown dissatisfied with the religions familiar to them, meaning Judaism, Christianity and all the fashionable “-isms”—Buddhism, Taoism, Hinduism(and, as my friend once added, “tourism”)—do they consider Islam.

Perhaps other religions do not answer the big questions of life, such as “Who made us?”  and “Why are we here?”  Perhaps other religions do not reconcile the injustices of life with a fair and just Creator.  Perhaps we find hypocrisy in the clergy, untenable tenets of faith in the canon, or corruption in the scripture.  Whatever the reason, we perceive shortcomings in the religions of our exposure, and look elsewhere.  And the ultimate “elsewhere” is Islam.

Now, Muslims would not like to hear me say that Islam is the “ultimate elsewhere.”  But it is.  Despite the fact that Muslims comprise one-fourth to one-fifth of the world’s population, non-Muslim media smears Islam with such horrible slanders that few non-Muslims view the religion in a positive light.  Hence, it is normally the last religion seekers investigate.

Another problem is that by the time non-Muslims examine Islam, other religions have typically heightened their skepticism: If every “God-given” scripture we have ever seen is corrupt, how can the Islamic scripture be different?  If charlatans have manipulated religions to suit their desires, how can we imagine the same not to have happened with Islam?

Continue reading

Mana yang Lebih Baik, Mualaf atau Islam Sejak Lahir?

Mike-Clercy-Sebenarnya, mana yang lebih baik antara orang yang Islam sejak kecil (dilahirkan dalam keluarga Islam) dengan seseorang yang baru memeluk Islam setelah dewasa (mualaf)? Berikut ini fatwa Ibnu Taimiyah:

Prasangka sebahagian orang bahawa orang yang lahir dalam Islam dan tidak pernah murtad lebih baik daripada orang kafir yang masuk Islam adalah tidak benar.

Sesungguhnya yang dilihat adalah bahagian akhir. Siapa saja di antara keduanya yang lebih baik ketaqwaannya kepada Allah pada akhir hidupnya, maka ia lebih utama. Kerana sebagaimana diketahui, orang-orang terdahulu dari kalangan Muhajirin dan Anshar yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sesudah kafir, mereka lebih utama dibandingkan orang yang lahir dalam keadaan Islam baik anak mereka maupun bukan anak mereka.

Demikianlah. Mana yang lebih baik bukanlah ditentukan di awal, tetapi di bahagian akhir kehidupan. Ada orang yang awalnya kelihatan baik, na’udzubillah, di akhir hayatnya ia murtad. Ada pula yang baru masuk Islam setelah dewasa, ternyata Allah memberikan hidayah dan keistiqamahan hingga akhir hayat.

Lamanya masuk Islam juga bukan jaminan seseorang lebih utama dibandingkan muslim lainnya. Umar bin Khattab misalnya. Ia baru masuk Islam pada tahun keenam kenabian. Ada puluhan orang lainnya yang mendahului Umar bin Khattab dalam masuk Islam. Namun nyatanya, Umar bin Khattab menjadi sahabat paling utama kedua setelah Abu Bakar Ash Shiddiq.

Ponggal dan Muallaf

ponggal

 

Secara tradisi, Ponggal dirayakan oleh penduduk (petani dan penternak) di Tamil Nadu dan Andra Pradesh, India. Bagaimanapun, keadaannya agak berbeza kini kerana Ponggal disambut oleh hampir semua penduduk kaum India tanpa mengira keturunan dan batas geografi.

Ponggal diakui adalah “Pesta Menuai” dan disambut pada permulaan bulan Thai (Januari/Februari) mengikut kalendar Tamil. Malah, di Tamil Nadu, Ponggal adalah jauh lebih penting dan meriah berbanding Deepavali. Ada juga kelompok yang menganggap Ponggal sebagai tarikh tahun baru.

Masyarakat Kadazandusun di Sabah akan menyambut Kaamatan pada 30-31 Mei 2013 manakala masyarakat Dayak (Iban dan Bidayuh) bakal menyambut Gawai pada 1-2 Jun 2013. Kedua-duanya ada kaitan rapat dengan pesta menuai yang sebenarnya berciri sejagat.

Sambutan Ponggal pada hari pertama bulan Thai (14 Januari 2013, misalnya) adalah khas bagi Dewa Suria (matahari) yang diakui adalah sumber tenaga dan penyumbang utama bagi pertanian. Para petani yang baru selesai menuai hasil pertanian padi mempunyai alasan untuk berpesta. Pesta ini pula diadakan secara simbolik melalui perayaan Surya Ponggal.

Cara Ponggal diraikan secara tradisi

Tapak yang dijadikan tempat perayaan dibersihkan. Lukisan kolem menggunakan serbuk beras pelbagai warna juga menjadi semacam kemestian. Biasanya, corak matahari dilukis sebagai tanda meraikan Dewa Suria. Sebuah periuk baru diletak di atas dapur yang ditempatkan di bahagian tengah lukisan kolem itu.

Daun mangga dan daun kelapa yang dianyam juga digantung di keliling tapak perayaan. Pokok tebu turut diikat. Ketul kecil kunyit, halia dan daun mangga pula diikat pada leher periuk yang akan digunakan untuk memasak beras yang baru dituai.

Segalanya ternyata mempunyai makna simbolik yang wajar diketahui. Daun mangga hijau adalah lambang kemakmuran; kunyit lambang upacara suci; dan halia melambangkan rempah-ratus kehidupan. Tebu pula lambang kemanisan. Seperti saya nyatakan, budaya India memang kaya dengan makna simbolik. Golongan yang bersikap etnosentrik dan tidak tahu makna-makna simbolik ini ketara memperlekeh budaya masyarakat India.

Berbalik pada sambutan Ponggal, beras baru dimasak sebagai tanda permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Sewaktu sakarai ponggal (nasi manis) mula meluap, orang ramai akan melaungkan kata-kata “Ponggalo, ponggal” dengan gembira.

Laungan itu adalah tanda kegembiraan dan harapan semoga kebahagiaan, kemakmuran dan rezeki meluap-luap dalam hidup mereka. Sakarai ponggal itu dipersembahkan kepada Dewa Suria sebelum dimakan bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan sebagai simbol berkongsi kemakmuran, rezeki dan masa depan yang cemerlang.

Ponggal dan Muallaf
Oleh Kumaran Nagapa – Grassroots.

Muallaf digalakkan untuk menyambut Ponggal dengan niat mengucapkan kesyukuran kepada ilahi atas menyediakan pembantu alam kepada kami seperti serangga, binatang ternakan, tumbuh- tumbuhan dan kosmos (cuaca) dan mendekatkan saudara non-muslim dengan Islam serta menunjukkan kematangan akhlak orang Islam yang dapat membezakan tradisi (asal usul kita) dan agama (arah tuju kita).

Anjurkan Pesta Ponggal dan jemput saudara mara Hindu, mukhallaf dan jiran tetangga untuk menghadiri majlis anda.

Gunakan peluang ini untuk merapatkan jurang yang wujud antara kita. Majlis anda pasti akan dihujani soalan-soalan daripada semua pihak termasuk jiran tetangga.

Soalan bagus untuk dakwah.

Perkara yang perlu di elak adalah seperti :-

1)Tilik nasib menurut arah limpahan susu masak.

2) Penggunaan vibuthi, santanam dan kungumum (serbuk kelabu, kuning dan merah) sebagai simbolism.

3) Penyembahan makanan kepada matahari atau alam (Dewa-Dewi Hindu; agak logik memang anda akan elakkan) kerana ia merapati tabiat kurafat memberi makanan kepada saka yang popular di kalangan akar umbi nusantara.

Jika anda cuma menghadiri majlis yang dianjurkan oleh keluarga/ tetangga anda yang belum Islam, usah risau.

Jeritlah Ponggalloo! Ponggal! dan makanlah masakan mereka tanpa was-was kerana mereka hanya akan masak makanan nabati dan anda hanya akan makan selepas membaca doa makan.

Kami di Grassroots sedang berusaha untuk mewujudkan komuniti India yang cintakan Islam walaupun belum menerima hidayah.

Pendekatan kami sesuai bagi muallaf berketurunan India dan lahir Hindu yang sedang bergelut untuk mendekati keluarga asal.

Jangan menjadikan Islam terlalu kompleks dan tidak releven dengan kehidupan anda. Anda adalah keturunan rakyat agragrian atau petani yang banyak bergantung kepada alam.

Itulah fitrah kelahiran anda dan janganlah anda malu dengan itu, terutamanya kepada Allah s.w.t. yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

SUMBER :

http://www.roketkini.com/2013/01/21/ponggal-bukan-sekadar-pesta-menuai-oleh-uthaya-sankar-sb/

TERROR ATTACK IN PARIS

Paris was attacked and there were three suicide bombings outside the Stade de France, along with mass shootings and another suicide bombing at four locations near central Paris. The deadliest attack was at the Bataclan theatre, where the attackers took hostages before engaging in a stand-off with police until 00:58 on 14 November.The editorial of Saudara Baru wishes to strongly oppose to such illegal act of terror in the name of Islam. This act is not an act that is taught in Islam and Islamic law forbids aggressive warfare. The Quran says,

“But if the enemies incline towards peace, do you also incline towards peace. And trust in God! For He is the one who hears and knows all things.” (8:61) The Quran chapter “The Cow,” 2:190, says, “Fight in the way of God against those who fight against you, but begin not hostilities. Lo! God loveth not aggressors.”

The act of finding fault on any terror attacks are always linked to Islam and we have some stupid so called Islamic Organization that quickly claims its responsibility. WE THE MUSLIMS VEHEMENTLY DENY SUCH TERROR ATTACKS ARE NOT ISLAMIC AND WE DESPISE.

MUSLIMS ARE NOT TERRORISTS AND TERRORISTS ARE NOT MUSLIMS

villians

In the HISTORY of the world, who has KILLED maximum INNOCENT human beings

1) “Hitler”
Do you know who he was?

He was a Christian, but media will never call Christians terrorists.

2) “Joseph Stalin called as Uncle Joe”.

He has killed 20 million human beings including 14.5 million were starved to death.

Was he a Muslim?

3) “Mao Tse Tsung (China)”

He has killed 14 to 20 million human beings.

Was he a Muslim?

4) “Benito Mussolini (Italy)”

He has killed 400 thousand human beings.

Was he a Muslim?

5) “Ashoka” In Kalinga Battle

He has killed 100 thousand human beings.

Was he a Muslim?

6) Embargo put by George Bush in Iraq,

1/2 million children
has been killed in Iraq alone!!! Imagine these people are never called terrorists by the media.

Why?

Today the majority of the non-muslims are afraid by hearing the words “JIHAD”.

Jihad is an Arabic word which comes from root Arabic word “JAHADA” which means “TO STRIVE” or “TO STRUGGLE” against evil and for justice. It does not
mean killing innocents.

The difference is we stand against evil, not with evil”.

You still think that ISLAM is the problem?

1. The First World War, 17 million dead
(caused by non-Muslim).

2. The Second World War, 50-55 million dead (caused by non-Muslim).

3. Nagasaki atomic bombs 200000 dead
(caused by non-Muslim).

4. The War in Vietnam, over 5 million dead (caused by non-Muslim).

5. The War in Bosnia/Kosovo, over 5,00,000 dead (caused by non-Muslim).

6. The War in Iraq (so far) 12,000,000 deaths
(caused by non-Muslim).

7. Afghanistan, Iraq, Palestine, Burma etc (caused by non-Muslim).

8. In Cambodia 1975-1979, almost 3 million deaths (caused by non-Muslim).

“MUSLIMS ARE NOT TERRORISTS
AND
TERRORISTS ARE NOT MUSLIMS.”