YANG SUDAH 60 TAHUN

Firman Allah SWT: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat” (Al- Fathir 35: 37)

Dapat difahamkn maksud ayat ini “..Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat..” dari Sabda Nabi SAW: “Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yang dipanjangkan ajal sehingga umur 60 tahun” (HR. Bukhari 6419)

Ibn Abbas menafsirkan ayat yang tersebut yang bertepatan dengan hadits ini: “Umur yang Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dalam firmanNya ini ialah 60 tahun”

Al-khattabi berkata: “Maknanya orang yang Allah panjangkan umur sehingga 60 tahun, tidak diterima lagi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yang dekat dengan kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap-siap bertemu Allah” (Tafsir al-Qurthubi)

Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai? Nabi SAW mengkhabarkan: “Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan-angan” (HR Bukhari)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya: “Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai…Buat yang terbaik dalam umur berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu, Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!”

Maka para ilmuan menasihati bgaimana menjalani umur yang dah mencecah 60 tahun:

  • Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yang tidak ada manfaat utk akhirat
  • Jangan melampau dlm berhias, bersolek dan berpakaian Islami.
  • Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal
  • Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat
  • Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian
  • Banyakkan berdoa mengharapkn keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su’ul khatimah
  • Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang.
  • Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya
  • Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta
  • Kerapkan menghubung silaturahim bagi menggantikan kerenggangan sebelum ini
  • Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi
  • Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati.
  • Maafkan kesalahan orang kepada diri kita, walau bagaimana teruk kesalahan itu.
  • Bereskan segala hutang yang sedia ada dan jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain.

Semoga manfaat untuk semua sahabat-sahabat termasuk yang belum lagi 60 tahun..