MISTERI ALAM BARZAKH DAN DAHSYATNYA PERISTIWA KIAMAT

Alam BarzakhAlam barzakh merupakan salah satu perkara ghaib yang wajib kita percayai dan yakini. Alam barzakh juga dikenali sebagai alam kubur. Di sinilah nikmat dan seksaan yang akan dilalui oleh manusia. Alam barzakh atau kubur di sini bukanlah bermaksud secara zahir atau jasadnya. Seperti mereka yang mati tanpa diketahui kubur atau tanpa kubur. Contohnya, mereka yang mati dibaham buaya, hilang dan mati atau mati dengan badan hancur berkecai. Mereka ini juga tetap melalui alam barzakh. Malah semua manusia akan tetap melalui alam barzakh sebelum ke alam akhirat.

Alam barzakh ini berada di antara dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat. Bagaimana keadaan, balasan atau nikmat yang akan dihadapinya terpulang kepada amal kebajikan yang pernah dilakukannya semasa di alam dunia. Seksaan atau nikmat akan manusia hadapi di sini berterusan sehinggalah saat dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk pengadilan.
Peristiwa kiamat pula adalah di mana seluruh alam semesta bumi, gunung-ganang, lautan dan langit ketika berlaku peristiwa kiamat yang terdiri dari pecahnya langit, gempa bumi, keuntuhannya, ledakan dasyat, kebakaran dan kematian seluruh makluk akan hancur berkecai dan dilenyapkan. Bagaimana dahsyatnya, telah digambarkan di dalam Al-Qur’an. Kehancuran yang amat dahsyat dan tidak boleh dibayangkan oleh daya imaginasi manusia. Sekiranya bencana tsunami, gempa bumi, gunung berapi atau ribut badai itu sebagai gambarannya, itu hanya sekelumit sahaja dari kedahsyatan kiamat. Di hari berlakunya kiamat ini, semua manusia bagaikan hilang pedoman, keadaan menjadi huru-hara dan tiada tempat yang selamat untuk berlindung.

AMALAN DAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Ramadan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidulfitri.

Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai dua perayaan yang disambut dengan penuh pesta dan permainan, lalu baginda bersabda,

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik daripada dua perayaan mereka, iaitu Hari Raya Eiduladha dan Hari Raya Eidulfitri”. (Direkod oleh Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).

Demikian Allah menggantikan perayaan Jahiliyyah yang dipenuhi permainan, dengan perayaan Islam yang dihiasi rasa perhambaan kepada Allah. Hari Raya adalah hari menyebut kebesaran Allah dengan bertakbir, dan hari melahirkan rasa syukur atas kurniaan-Nya.

Continue reading