How Being Chronically Late for Salah Affects Your Productivity & What to Do About It

solat01

“Allahu Akbar… Allahu Akbar…”

I hear the adhan through the windows of my office, and I see the pop up on my computer, “It’s time for dhuhr prayer.”

Few minutes earlier, I just started getting into the flow of my work and I don’t want the momentum to be lost. So I tell myself, “I still got 20 minutes until iqama ti2me. Let me wrap this up and I will make it in time, in sha Allah.”

25 minutes later, I know salah started and I am frantically trying to send that last e-mail before rushing off to make a quick wudhu and join the prayers. I am late, again!

And this was not only for zuhr prayer, but for all 5 daily prayers: late for fajr because I woke up late, late for zuhr and ‘asr because of work, late for maghreb because of rush hour, late for ‘isha because of dinner!

And each time I was late, I felt bad, and told myself, “This is the last time I will ever be late!” And guess what? For the next salah, I was late again. In fact, I was the brother who seemed to have a permanent position in the last rows of every musalla/masjid I entered.

Initially, I was taking this lateness lightly. In fact, I fell into the classic trap of shaytaan and said to myself: “Alhamdulillah, brother, at least, you pray, and in the masjid as well! Masha Allah, how many brothers are out there who do not pray in the masjid, or pray at all!” But slowly I realised, this lateness was making an impact on my spirituality and character, and affecting my overall productivity.

Why being chronically late for salah is bad for you?

When you are always late for salah, it says a lot about you and your character. It shows that you lack discipline, internal strength, and integrity to be where you are supposed to be ‘on time’ for your most important appointments of the day, and you are not dependable.

No one likes to say about themselves that they are not dependable or lack discipline, but actions speak louder than words, and being late for salah is the first warning that you are on a slippery slope towards being chronically late in everything else in your life.

Al-Hasan Al-Basri raḍyAllāhu ‘anhu (may Allāh be pleased with him) said:

“When salah is the least of your concerns, then what is your most important concern? As much as you fix your salah, your life will be fixed. Did you not know that salah was equated with Success: ‘Come to Prayer, Come to Success.’ How can you ask Allah subḥānahu wa ta’āla (glorified and exalted be He) for success when you are not responding to His right upon you?”

If you are wondering why there is a delay in your sustenance, in your marriage, in your work, in your health, look into your salah: are you delaying it?

Istighfar Menjernihkan Hati…

Setiap dosa menyebabkan kotornya hati. Pembersih kekotoran itu adalah Istighfar.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى يَعْلُوَ قَلْبَهُ ذَاكَ الرَّيْنُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْقُرْآنِ { كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ }

Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu Anhu ia berkata: Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin jika berdosa akan ditandakan titik hitam pada hatinya. Jika ia bertaubat, mencabut kemaksiatannya dan beristighfar, maka hatinya akan mengkilap. Namun, jika ia menambah dosanya, maka titik hitam itu akan bertambah hingga menguasai hatinya. Kalau sudah demikian, itulah ‘ar-raan’ (bintik hitam yang menguasai/ menutup hati) yang Allah sebutkan dalam al-Qur’an:
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka perbuat telah menutup hati mereka. (Q.S alMuthaffifin:14).(H.R Ahmad).

Hati adalah raja bagi anggota tubuh yang lain. Jika baik hatinya, maka anggota tubuh yang lain akan baik.

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ.

Ingatlah bahawa di dalam jasad terdapat segumpal daging. Jika baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa (segumpal daging) itu adalah Hati.
(H.R. Bukhari-Muslim).

Kerana itu, menjernihkan Hati adalah suatu manfaat yang sangat besar. Manfaat tersebut boleh dicapai dengan Istighfar.

Sebaliknya, hati yang kotor dengan dosa, akan sulit dan rumit menerima nasihat dan kebenaran dari alQur’an dan Sunnah Rasul Sollallaahu Alaihi Wasallam.

Sesuatu yang haq akan dinilai batil, dan yang batil akan dinilai sebagai haq. Parameter penilaian menjadi terbalik.

Lebih penting dari itu semua, kejernihan dan keselamatan hati adalah penentu Kejayaan saat bertemu dengan Allah nanti pada hari kiamat :

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

Di hari yang tidak bermanfaat (lagi) harta ataupun anak. Kecuali yang datang menghadap Allah dengan Hati yang selamat.
(Q.S Asy-Syu’araa’ : 88-89)

Oh Ibu !

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ”

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;”Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan. Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir

Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus. Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .

12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya. Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”

Semoga Bermanfaat.

…………………….,

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab itbu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

‘Is The Quran God’s Word?’

poster-dzn-2-02-300x169

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan pemidato antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik bakal menyampaikan ceramah umum yang kritis dan mencabar pemikiran, ‘Is The Quran God’s Word?’ di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu, 16 April ini.

Program ini dianjurkan bersama oleh Islamic Research Foundation (IRF), Hidayah Centre Foundation (HCF), Multiracial Reverted Muslims (MRM), Pertubuhan Iqra’ Malaysia (PIM), Islamic Propagation Society International (IPSI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Malaysian Chinese Muslim Accociation (MACMA), Skuad Mubaligh Malaysia, Global UNITY Network dan Allied Coordinating Comittee of Islamic NGOs (ACCIN).

Sebagai salah satu acara dalam siri jelajah beliau ke Malaysia pada 9-20 April 2016, ceramah ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kumpulan Media Karangkraf, Islamic Events Malaysia, My Events International, Kumpulan Utusan Malaysia dan Peace TV.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India, Dr Zakir Naik yang pernah hadir dalam siri jelajahnya ke Malaysia pada tahun 2012 merupakan seorang doktor perubatan sebelum melibatkan diri sepenuh masa menjadi pendakwah pada tahun 1991.

Mengasaskan IRF untuk menyebarkan dakwah, beliau seterusnya mengasaskan penubuhan Islamic International School di Mumbai (IIS) dan United Islamic Aid yang menyediakan biasiswa untuk remaja yang miskin dan serba kekurangan.

Turut menyebarkan dakwah melalui Peace TV, pidato Dr Zakir menjelaskan pandangan Islam dan membersihkan salah faham tentang Islam, menggunakan al-Quran, hadis sahih dan kitab-kitab agama lain sebagai asas dengan sebab, logik dan fakta saintifik ditambah dengan analisisnya yang kritikal dan jawapan yang meyakinkan kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton.

Dalam tempoh 20 tahun sehingga 2015, beliau telah menyampaikan lebih 2,000 ceramah umum di seluruh dunia. Ceramah beliau pada Mac 2012 di Kishanganj, Bihar, India mencatat sejarah apabila dihadiri lebih sejuta orang yang mana ia menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi mana-mana syarahan agama oleh seorang pemidato tunggal.

Dr Zakir Naik berada dalam ranking ke-82 dalam senarai ‘The 100 Most Powerful Indians’ oleh Indian Express pada 2009 and ke-89 pada 2010. Beliau turut berada di ranking ke-70 teratas dalam senarai ‘500 Most Influential Muslims in the World’ sejak tahun 2011 hingga kini.

“Anakku, apa yang telah kamu lakukan untuk empat tahun mengambil masa 40 tahun untukku menghabiskannya, Alhamdulillah, ” kata Syeikh Ahmad Deedat pada tahun 2000 semasa menyampaikan plak anugerah menghargai pencapaian beliau dalam dakwah dan kajian perbandingan agama serta turut menggelar Dr Zakir sebagai ‘Deedat Plus’.

Pada 2013, beliau menerima anugerah berprestij UAE, Islamic Personality 2013 dalam Dubai International Holy Quran Award dan juga dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah 2013 kategori antarabangsa dalam Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Kebangsaan, menerima Sharjah Award for Voluntary Work pada 2014 di UAE dan turut menerima King Faisal International Prize oleh Raja Salman pada tahun lalu.

Semua dijemput hadir tidak mengira agama dan bangsa ke ceramah Dr Zakir Naik ini yang bermula jam 5.00 petang di mana kemasukan adalah percuma dengan mendaftar dihttp://www.islamicevents.my/event/tickets/404.

Ayuh! Jangan lepaskan peluang menambah ilmu bersama personaliti hebat ini secara percuma! Jom hadir dan ajak keluarga serta rakan-rakan bukan Islam yang anda kenali supaya mereka dapat menghayati keindahan Islam dan al-Quran serta menjadi sebab untuk mereka beroleh hidayah, insya-Allah.

Sumber biografi: http://www.irf.net/