Apa Yang Sedang Berlaku di Turkey ?

Melihat pada akhir-akhir ini banyak berlaku letupan di Turki, di Ankara dan Istanbul khususnya. Hari ini pula kita dikejutkan lagi dengan letupan ke-5 yang mengorbankan orang awam di salah sebuah bandar utama di Turki, iaitu Istanbul. Mungkin ramai yang tertanya atas sebab dan matlamat apa usaha jahat ini dilakukan di Turki. Negara yang populasinya 96.50% muslim dan kini mula dilihat sebagai salah satu negara yang diharap akan memimpin umat Islam dalam menangani isu-isu utama yang membelenggu umat Islam yang tertindas pada saat ini.
Ramai juga yang tertanya siapakah dalang kepada letupan berani mati yang seringkali dilakukan di Turki. Nama-nama organisasi seperti PKK, YPG, PYD dan ISIS sering dikaitan sebagai dalang kepada operasi jahat ini. Ramai yang mengatakan Turki akan menjadi tidak aman sepertimana negara-negara lain yang berhampiran dengannya seperti Syria, Iraq dan Mesir.
Namun, ini kami katakan bahawa situasi di Turki adalah berbeza dengan negara-negara Arab yang lain. Apa yang terjadi di Turki bukanlah kerana revolusi atau ketidakpuasan hati rakyat Turki namun apa yang terjadi sekarang di Turki adalah kerana perasaan hasad dengki dan juga campur tangan kuasa luar yang tidak mahu Turki terus berada dalam keadaan aman dan bergerak lebih maju kehadapan.
Namun sebelum kita berbicara lebih mengenai situasi semasa, kita perlu melihat kepada sejarah dan asal usul punca mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah permusuhan dan perselisihan antara golongan berhaluan kiri ini bermula di Turki. Situasi yang berlaku pada hari ini bertitik tolak apabila Penubuhan Republik Turki pada tahun 1922 yang secara langsung menamatkan sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah ini telah menafikan sebarang hak bangsa lain selain Turki.

Continue reading

Bagaimana Jutawan India Muslim Ini Menyumbangkan RM56.6 juta ….

Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya.

Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy?

Ahmad Dawjee Dhadabhoy

Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim.

Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luas sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam.

Menara-Bank-Islam-640x425

Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta. Hari ini, bangunan tersebut disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun. Sekarang, bangunan ini disewa oleh Bank Islam, dan menjadi pejabat utama headquarters mereka.

Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau.

Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah. Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah.

Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia.

Titisan Air Mata Keluarga Ahmad Dawjee

Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat bertapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf.

Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan.Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

Semoga kisah kali ini menjadi iktibar untuk kita semua.