Kaji dengan Ulama Peraturan Baru Mualaf

KUALA LUMPUR – Pengamal undang-undang mencadangkan supaya kerajaan Negeri Sembilan berbincang dengan para ulama dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum menguatkuasakan dua cadangan peraturan baharu berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Dua peraturan baharu itu ialah seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan dan mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata peraturan baharu itu mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan ia tidak perlu dibentangkan ke Dun tetapi hanya memerlukan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Continue reading

Peringatan Bagi Yang Lalai

Tahun baharu Hijrah 1435 baru saja menemui kita dan kita baru sahaja meninggalkan tahun lama Hijrah 1434 bermakna umur kita bertambah setahun lagi di dunia ini dan berkurang setahun pula untuk menuju ke alam Barzakh. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita,setahun dirasakan seperti sebulan,sebulan seperti seminggu,seminggu seperti sehari,sehari seperti satu jam,satu jam seperti satu detik.

Sebagai seorang muslim yang beriman maka setiap kali kita menyambut tahun baharu samaada Masehi atau hijri maka kita perlu sekali lagi melakukan muhasabah diri kepada Allah s.w.t tentang amalan ketaatan dan keburukan dosa dan pahala yang kita lakukan untuk dipertingkat amalan kebaikan dan mengurang dengan semaksimumnya amalan kejahatan yang dilakukan.

Muhasabah tentang masa sangat penting di awal tahun, kerana Allah s.w.t akan mempersoalkan tentang masa yang diberikan kepada setiap individu sebanyak 24 jam sehari,tidak akan berganjak tapak kaki anak Adam kecuali ditanya empat perkara salah satunya tentang umurnya di mana dihabiskan.

Continue reading