Kenapa Saya Mesti Memilih Perbankan dan Kewangan Islam – Siri ke 3

Pada siri yang lepas, penulis menyentuh sedikit berkenaan perkembangan semasa dalam perbankan Islam di mana terdapatnya akta baru iaitu Islamic Financial Services Act 2014 atau IFSA 2014. Terdapat pelbagai ulasan berkaitan akta tersebut, cuma penulis kali ini ingin fokus berkaitan pengendalian akaun deposit dan pelaburan mengikut takrifan akta tersebut.
Jika dibandingkan dengan perlaksanaan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (lebih dikenali sebagai GST) yang mendapat tumpuan ramai pada masa kini, mungkin khalayak ramai tidak menyedari bahawa penguatkuasaan IFSA telah pun bermula sejak 22 Mac 2013. Akta ini (IFSA 2014) diperkenalkan bagi menggantikan beberapa akta terdahulu iaitu Banking and Financial Institutions Act 1989, Islamic Banking Act 1983, Insurance Act 1996, Takaful Act 1984, Payment Systems Act 2003 dan Exchange Control Act 1953. IFSA 2014 menggariskan peruntukan dan pematuhan dan tadbir urus institusi kewangan Islam secara lebih komprehensif. Salah satu tumpuan IFSA 2014 adalah memastikan pematuhan dan tadbir-urus Syariah dalam sektor kewangan Islam.

Mengikut akta ini, terdapat dua klasifikasi utama khusus untuk penerimaan wang pelanggan iaitu pertamanya, akaun deposit Islam dan keduanya, akaun pelaburan. Persoalan kenapa perlu kepada klasifikasi sedemikian sedangkan kedua-dua jenis akaun ini telah pun berada di pasaran sejak sekian lama?

Continue reading