7 Sunnah Nabi Muhammad SAW

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekelian – mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Continue reading

SAAT ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DLM SOLAT KITA..

Ramai sekali orang yang membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.

Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ SUBHANAHU WATA’ALA ber-Firman:
“Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU.”

■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaaka Na’budu Wa iyyaaka nasta’iin adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.

Continue reading

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Kiriman Pn Hjh Rohana bt Mohd Noor

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah   anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan ayuhlah kita solat”

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
Continue reading

Produk Deposit Perbankan Islam

Mohammed Khairi pic3produk-deposit

Minggu ini, perbincangan kita masuk ke fasa baru iaitu perbincangan mengenai wang dan aplikasinya dalam produk deposit perbankan Islam.  Tujuan penulisan kali ini adalah supaya kita dapat memahami sedikit sebanyak produk deposit berteraskan Syariah, sejarah dan perkembangannya sehingga kini, supaya kita mendapat sedikit sebanyak manfaat dari maklumat ini.

Pada awal kemerdekaan sehinggalah awal tahun 80an, terdapat kelompongan dalam sistem perbankan pada waktu itu bagi mereka yang mahukan wang mereka diuruskan secara Syariah.  Istilah “faedah” atau “bunga” seakan diterima sebagai satu kebiasaan, kemungkinan besar kerana ketiadaan solusinya pada waktu itu.

Selain istilah, memahami kontrak-kontrak yang digunapakai dalam perbankan Islam adalah penting untuk kita memahami perbezaannya dengan produk bank konvensional. Secara dasar, perbankan konvensional berjalan atas kerangka pinjaman walaupun untuk produk-produk deposit.  Bagaimana pula begitu?

Continue reading