Pelakon Bollywood masuk Islam selepas ikuti ceramah

TITIK balik awal kehidupannya terjadi saat kematian Yash Chopra – pengarah ternama Bollywood. Boleh dikatakan ia mengalami kemurungan berat sepeninggalan orang terdekatnya itu, lapor laman web Islampos.

“Saya sangat dekat dengan Yash Chopra. Kematiannya benar-benar menggegarkan kehidupan saya. Saya begitu tertekan,” kenang dia seperti yang dilaporkan oleh Muslimvillage, Ahad (28/12/2014).

Murcyleen Peerzada, seorang pelakon Bollywood yang di kala itu terbiasa hidup mewah. Namun, seperti yang dituturkan Peerzada selepas kematian Yash Chopra ia mula berfikir tentang kehidupan dan kekuatan yang lebih tinggi yang mengawal segalanya.

“Ketika kemurungan, entahlah saya tiba-tiba dan tidak sengaja melihat ceramah Nouman Ali Khan dan Yasmin Mogahed.”

Ketika mendengar ceramah itu, Peerzada terkejut. Ia seperti mendengar nasihat langsung daripada Tuhan. Dan itulah titik balik kehidupannya.

“Saya mula berdoa dua kali sehari. Setiap doa itu, saya meminta Tuhan membimbing saya menunjukan jalan yang benar,” katanya.

Malamnya, ia memutuskan arah masa depan kehidupnya. Ia mula belajar Islam di bawah bimbingan Farah Naik, isteri Zakir Naik. Selepas itu, Peerzada menjadi muallaf. Beliau pun menjadi aktivis Yayasan Islam Zakir Naik.

Penampilannya kini berubah setelah menjadi Muslim. Peerzada telah memakai tudung. Pembantu pengarah filem ‘Ek Tha Tiger’ ini, bergaya hidup sederhana. Ia sumbangkan seluruh koleksi busana dan aksesori yang dimilikinya kepada rumah anak yatim.

“Sebelum saya memakai tudung, saya perlu tahu kenapa saya harus memakai. Ini bermaksud, saya ingin apa yang saya kenakan kerana Allah dan kebenaran.” [Ra/islampos/muslimvillage]

Kursus Asas Dakwah

IMG-20141229-WA0000Menuntut ilmu mengenai Islam dan syariatnya itu adalah suatu yg fardu, kewajipan yg tidak boleh tidak bagi setiap orang yg akui dirinya Islam utamakan. Rasulallah (s.a.w) menghukumkan:Talabul ilmi faridatun ‘ala kulli muslim(Yg bermaksud: menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan (atau kefarduan) atas setiap orang Islam).bagi menjadi seorang Islam . Selain daripada itu Islam juga menuntut kita untuk menyebarkan syiar Islam melalui usaha Dakwah.

Marilah kita memulakan tahun 2015 dengan menyertai kursus asas-asas Dakwah yang akan di adakan dari 10 – 11 Jan 2015 di Interactive Dakwah Training seperti yang tertera di dalam imej.  Kursus ini akan dikendalikan oleh para dai yang terdiri daripada Sdr Lim Shi Jun , Sdr Lim Jooi Soon, Sdr Amin Yaacob dan Sdr Kamarul Zaman. Jangan lepaskan peluang mengikut cara-cara berdakwah dari para dai yang berpengalaman.

Yuran penyertaan adalah : RM100 untuk orang awam, RM50 untuk pelajar.

 

Banjir bukan penghalang untuk beribadat

10868017_765707776855088_8942216119543295084_npray1 Malaysia dikejutkan dengan beberapa peristiwa sehingga ada yang tertanya adakah ini satu mala petaka atau bala dari Allah SWT. Sebagai seorang hamba Allah SWT kita tidak boleh sangsi tetapi yakin dan percaya dengan sifat PemurahNya Allah SWT.

Peristiwa besar yang berlaku di Kelantan pada masa ini adalah sebagai tanda Allah SWT hendak menyucikan kembali negeri Kelantan sebelum terlaksananya hukum hudud di negeri tersebut pada tahun hadapan. Kisah sebegini kita boleh lihat dalam peristiwa banjir besar yang melanda kota Makkah ketika pembukaan awal kota Makkah. Makkah dahulunya dijadikan tempat himpunan patung-patung berhala, kemudiannya Allah SWT mendatangkan banjir besar di Makkah untuk menyucikan kembali kota Makkah darpada perkara-perkara kufur. Begitu jugalah peristiwa banjir paling besar berlaku ini di Kelantan pada masa ini kerana Allah SWT hendak menyucikan keseluruh negeri Kelantan sebelum terlaksanya hukum Allah di bumi kelantan pada tahun hadapan. InsyaAllah..
Continue reading

Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi ditubuh

yusof

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan langkah dan pendirian kamu.” (Muhammad, 47: 7)

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ

“Orang-orang yang apabila berhadapan dengan penganiayaan dan kezaliman, mereka bertindak membela diri (secara setimpal dan tidak melampaui batas).” (al-Syura, 42: 39)

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
“Memang menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (al-Rum, 30: 47)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ رَأَى مَظْلُومًا, فَلَمْ يَنْصُرْهُ
“Allah melaknat orang yang melihat orang yang teraniaya (dizalimi) tetapi dia tidak bertindak membantunya.” (Riwayat al-Dailami)

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ
“Jika orang ramai melihat orang yang zalim melakukan penganiayaan dan mereka tidak bingkas menghalangnya, maka hampir-hampir Allah akan mengenakan azab kepada mereka semuanya.” (Riwayat Abu Daud)

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: لأَنْتَقِمَنَّ مِنَ الظَّالِمِ فِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، وَلأَنْتَقِمَنَّ مِمَّنْ رَأَى مَظْلُومًا فَقَدرَ أَنْ يَنْصُرَهُ فَلَمْ يَفْعَلْ
“Allah ‘Azza wa jalla berfirman: “Aku pasti menuntutbela ( membalas) terhadap orang yang zalim; samaada dalam hidupnya masa kini atau di akhirat nanti. Aku juga akan menuntutbela terhadap orang yang melihat orang yang dizalimi tetapi ia tidak membantunya; pada hal dia mampu membantu.” (Riwayat Imam Ahmad)

Kami dengan ini mengumumkan Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi telah ditubuhkan pada 23 Disember 2014 .Tujuan gerakan ini adalah untuk menyatakan sokongan dan menggerakkan usaha membela tokoh besar ini yang kini diancam ditahan oleh Interpol secara tidak benar dan sangat zalim.
Continue reading

American Military Christian hated Islam became Muslim

ali

I was raised Christian, went to summer camps and so on. I was actually born-again earlier the same year I ended up converting to Islam and was reading the bible regularly. I joined the US military as soon as I turned 17 that year, went to basic training in the summer, after 9/11 was on the Muslim hating bandwagon, and then while browsing the internet for anti-Muslim reasons I stumbled (alhamdulillah) upon some real dawah sites like www.islam-guide.com and others in December.