Sumbangan Penganjur ” Touch A Dog”

syed azmi 6syed 8

 

syed azmi 7

syed azmi2Kencaman demi kencaman itu budaya kita kerana kita sentiasa beremosi dan tidak menyiasat sesuatu sebelum ianya mengakibatkan sesuatu yang lebih drastik. Ungkapan ini bertujuan untuk memberi kita pengajaran terhadap cara kita melihat pada sesuatu peristiwa seperti yang telah berlaku baru-baru ini iaitu penganjuran event “Touch a Dog”. Lazimnya anjing dikaitkan dengan najis mukallazah khususnya kepada tabiatnya dan apabila menyentuhnya dalam keadaan basah. Taboo ini memang telahpun ditanam didalam diri kita melalui pengajian kelas fiqah bagi yang mengikutinya. Islam adalah agama pegangan dan amalan dan bukan ikutan semata-mata. Dalam penganjuran aktiviti yang penuh kontroversi sememangnya kita yang telahpun diberi ajaran dan tarbiyyah akan rasa terkejut dengan penganjuran aktiviti tersebut dan terus bertindak mengencam dan melemparkan kata-kata kesat kepada penganjurnya iaitu saudara Syed Azmi.
Sebaliknya kita siasat latar belakang Sdr Syed Azmi dan sumbangan beliau untuk Islam dan kepada golongan marhain atau golongan gelandangan. Beliau merupakan seorang aktivis sosial yang pernah menganjurkan pelbagai aktiviti sosial tetapi tidak dinilai sumbangan beliau tetapi dengan penganjuran aktiviti ini beliau terus jadi popular “for the wrong reason”. Di antara aktiviti yang pernah beliau anjurkan adalah seperti berikut :

1.Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
2.Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan)
3.Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
4.Ramadhan Box
5.Kursus Pengurusan Jenazah
6.Kursus Penyembelihan Ayam
7.Sukan Rakyat
8.Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
9.Kutipan Pakaian Untuk Syria
10.Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
11.Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
12.Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
13.Suspended Meal (Free meal for the poor)
14.Kempen Zebra Crossing
15.Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
16.Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)
Bersama-samalah kita muhasabah diri kita samaada kita ada memberi sumbangan untuk meningkatkan syiar islam agar ianya diterima Allah SWT.

http://www.pendapatanda.com/2014/10/terkejut-syed-azmi-anjur-banyak.html?m=1