Penulis Buku Jerry D Gray Menulis Tentang Penipuan Dunia & Musuh Umat Islam

Dalam Al Kuliyyah petang Jumaat 4 Mei ini, tetamu yang dibawakan ialah Jerry D Gray, seorang mualaf yang bercakap tentang tulisannya dalam Buku The Art Of Deception, Mereka Menipu Dunia, buku ini tentang penipuan Yahudi dan Barat yang merancang untuk memusnahkan umat Islam.

Siapa Jerry D Gray?

Jerry D Gray, 52, lahir di Weisbaden Jerman pada 24 September 1960, ketika beliau berusia 3 tahun, dia dan keluarga berpindah ke Amerika Syarikat. Jerry dibesarkan dan mendapat pendidikan di sana hinggalah menyertai tentera Amerika Syarikat.
Beliau sangat terpesona mendengar laungan azan ketika bertugas di Arab Saudi, dan ketika itu dia tersedar telah banyak bangsanya memusnahkan dan menghancurkan negara yang tidak berdosa itu.

Continue reading