
Pemain bolasepak terkenal warganegara Perancis, Frank Ribery membuka sebuah Bar yang dinamakan O’Shahiz sebagai alternatif kepada mereka yang mahu menjauhi minuman beralkohol. Ia dibuka terutamanya kepada orang Islam yang tinggal di Boulogne-Sur-Mer yang merasakan tidak selesa berada di Bar yang menghidangkan minuman beralkohol.
Frank Ribery sekarang merupakan seorang pemain tengah Bayern Munich dan memeluk islam pada tahun 2006 apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Muslim dari Maroko. Beliau biasanya amat jarang menceritakan pegangan hidup serta kepercayaannya tetapi menyatakan bahawa dia berasa selamat dengan memeluk Islam.
Alkohol merupakan bahan yang amat merbahaya jauh lebih buruk daripada Dadah seperti Kokain, demikian menurut satu kajian yang dijalankan di UK. Islam tidak bertolak ansur dengan penggunaan alkohol samada sedikit atau banyak, ianya tetap haram.
Nampaknya orang yang baru memeluk islam lebih bersungguh-sungguh melawan masalah penggunaan alkohol. Bagaimana dengan negara kita. Kita sering dengar tuduhan dari pelbagai pihak yang mengatakan banyak Pub dan Bar tumbuh di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini.
Elok jika Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan memberikan kelulusan segera dengan beberapa insentif yang menarik bagi mereka yang membuka Pub dan Bar tanpa alkohol untuk menggalakkan mereka yang suka ke sana menjauhi minuman haram tersebut.
