WANTED

SUNGAI PETANI – Lelaki Cina dalam gambar di atas bernama WONG LOI atau dikenali dengan nama Islamnya MUHAMMAD ALIF ABDULLAH, dia kenalkan dirinya sebagai Dato’ Alif, siasatan yang telah dilakukan sehingga kini tiada terdapat bukti kad Islamnya dan juga gagal memberikan maklumat di pejabat agama mana rekod pendaftaran Islamya. Beliau masih bergerak di kawasan Sungai Petani dengan mengaku seorang jutawan atau Dato’ Alif. Beliau telah menerima zakat bagi pihak kawannya yang tidak boleh berjalan kerana sakit. Sudah 16 bulan beliau menggambil cek zakat sebanyak RM300x16 bulan. Kawannya bernama YIP FAT CHOY atau dikenali nama Islamnya MUHAMMAD KAMAL ABDULLAH. Setakat ini mereka berdua tidak mempunyai bukti jelas keIslaman mereka. Maklumat lengkap mereka ialah: WONG LOI, No. KP : 570726-01-5055 (5208286), Alamat asal di Gelang Patah, Sekudai, Johor. YIP FAT CHOY, No. KP : 510727-10-5269 (7684690). Alamat asal Jalan Padang Walter Grenier, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Alamat Rumah No. 260, Lorong 10, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah (setelah disiasat didapati alamat ini tidak wujud). Sesiapa ada maklumat mereka berdua ini boleh hubungi saya ditalian 019-4782708. Mereka ini menjalankan aktiviti penipuan dengan menggunakan nama Islam.

USTAZ KAMARUDDIN KASSIM
Amil Zakat Negeri Kedah &
Penyiasat bagi pihak Jabatan Zakat

Hmmm… hairan juga ya.. bagaimanakah begitu mudahnya zakat diberikan selama 16 bulan padahal tiada rekod KeIslaman mereka? Di sesetengah tempat pula, zakat begitu susah hendak sampai ke tangan yang memerlukan

Nisfu Syaaban

Bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang soleh. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang masyur adalah

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya’aban. Sabda Nabi s.a.w “Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).
Continue reading

PENJELASAN JAKIM TENTANG ZIKIR MUNAJAT

Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.
Continue reading

Motivasi Pagi -5- : Puasa Menjana Manusia Efektif

by Abu Saif

Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Khamis 8 Julai 2010:

1. Tema: Menghargai sebuah kehidupan. Melakukan yang terbaik
2. Syarat utama ialah mengeluarkan diri dari taklukan faktor luar, membebaskan diri dan memimpin kebebasan itu dengan prinsip
3. Bagaimana Islam merealisasikan hal ini? TAQWA
4. Puasa: contoh terbaik
5. Tidak makan kerana tiada makanan: tidak menjadi proses / latihan.
6. Ada makanan, memilih untuk tidak makan, kerana Allah – mekanisma latihan membebaskan diri dan memimpin kebebasan dengan prinsip
7. Belajar berkata tidak kepada sesetengah kemahuan diri (hikmah puasa)
8. Ambil ia secara pakej
9. Semasa membeli di bazar Ramadhan, belajar berkata tidak (sengajakan beberapa kekecewaan)
10. Apabila menerima provokasi, jangan lawan dan jangan pendam, nanti jadi dendam. Sebaliknya ekspresikan ia pada kadar yang terkawal dengan berkata AKU BERPUASA
11. Orang yang menghayati PUASA akan bagus kawalan diri. Jika air masuk ke dalam mulut semasa mandi, dia tidak hilang kawalan lalu menelan air. Sebaliknya dia mampu menekan butang pause kemudian meludahnya keluar.
12. Jika diberikan cek RM10K bernama rasuah, dia terliur tetapi mampu menekan butang pause dan mencarik cek itu kerana ada kawalan ke atas diri.
13. Benarlah firman Allah:

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-Baqarah 2: 183]

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Penghayatan Isra dan Mikraj

24 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Peristiwa Isra dan mikraj masih segar di dalam diri setiap jiwa org Islam. Perjalanan luar biasa yg dilalui oleh junjungan besar s.a.w dr mekah ke masjid aqsa dan seterusnya dr Masjid Aqsa ke langit ketujuh.

Ini tercatat didalam Al-Quran:
Tafsirnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pd waktu malam drpd masjid Haram ke masjid Aqsa yg mana kami berkati sekelilingnya; untk kami tunjukkan drpd tanda2 kekuasaan kami. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha melihat.(1: Isra).
Continue reading

257,000 anak luar nikah membimbangkan

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

“Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak,” jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).
Continue reading

“ISLAM AND SECULARISM”

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) and the Curiosity Institute (CI) wish to invite you to participate in a one-day colloquium on the subject of ISLAM AND SECULARISM on the 24th July 2010 (Saturday) at the Malaysia Airlines Academy, Kelana Jaya, Selangor from 8.00 am to 11.00 pm.

This one-day colloquium will conclude the weekly – and presently ongoing – reading and discussion course on Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas’s influential book ISLAM AND SECULARISM, in which al-Attas systemically synthesized his ideas on Dewesternization, Islamization, Education in the context of close engagement with the hegemonic, secularizing tendencies of modern Western thought.
Continue reading