Hadith worth pondering.

“A Muslim is the brother of a Muslim – he does not wrong him nor does he forsake him when he is in need; whosoever is fulfilling the needs of his brother, Allah is fulfilling his needs; whosoever removes distress from a believer, Allah removes from him a distress from a distressful aspect of the Day of Resurrection; and whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults on the Day of Resurrection.” Imam Muslim and Imam al-Bukhari

“Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt, Allah will alleviate his difficulties in both this world and the Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a servant (of His) so long as the servant aids his brother. Whosoever follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him a path to Paradise. No people gather together in one of the houses of Allah, reciting the Book of Allah and studying it among themselves, except that tranquility descends upon them, mercy covers them, the angels surround them, and Allah makes mention of them amongst those who are in His presence. Whosoever is slowed down by his deeds will not be hastened forward by his lineage.” Muslim


Hukum Penyertaan Di Dalam Perayaan

As’salamualaikum.
saya juga ingin mendapatkan kepastian dalam soal perayaan-perayaan dengan keluarga yang terdiri daripada bukan muslim.  Yang saya tahu walaupun se seorang itu memeluk ugama Islam ikatan kekeluargaan tetap digalakan dan seperti biasa diamalkan sebelum itu, cuma dari segi makanan dan amalan adalah mengikut agama masing-masing.  Adakah berkumpul mengikut terdisi seperti mengadakan makan bersama-sama, kunjung-mengunjung dsbnya.  apakah hukumnya sambutan yang diadakan secara terbuka seperti sambutan Deepavali, Tahun Baru China, Hari Raya Aidil Fitri yang mengumpul semua bangsa diadakan? Buka kah itu merayakan namanya? saya memohon pandangan dan nasihat mengenai kedudukan dalam perkara ini. Sekian terima kasih.

Masline Abdullah” hani_lam@yahoo.com

Pemandangan Bukit – Gambar ini telah diabadikan oleh seorang fotografi yang mengambil gambar di sebuah bukit di salah satu kawasan peninggalan sejarah Machu Picchu, Peru. (Sekarang diisytiharkan sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia moden). Setelah gambar ini diputar 90 darjah, kelihatan gambar wajah manusia

Pesanan Buat Yang Meninggalkan Solat

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.
Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan

Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua

Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan

Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat

Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib

Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi

Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan

Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui

Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan

Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan

Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat

Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kerenah Birokrasi Menyulitkan Para Mualaf Malaysia!

Saya ingin menengahkan masaalah hari ini yang melanda mereka yang digelar sebagai mu’alaf ataupun saudara baru.
Kita semua tahu betapa masyarakat Malaysia amat cerewet tentang bab orang menukar agama.
Kita juga sedia maklum akan kerenah birokrasi jabatan jabatan kerajaan apabila mengendalikan urusan mualaf dan yang sewaktu dengan mereka.

Bukannya hendak mempermudahkan dan melincirkan kerja kerja pentadbiran bilamana berurusan dengan para mualaf yang telah melalui ujian maha dahsyat didalam kehidupan mereka tetapi sebaliknya pegawai pegawai kerajaan ini baik di Jabatan Jabatan Agama mahupun Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresyen tetapi ditambah pula kerenah birokrasi dengan ditolak pula urusan para mualaf ini ke Jabatan Keselamatan Negara pula?

Hello!!! Apa kejadahnya ini semua?

Berdosa besar menyulitkan seseorang mualaf itu didalam kerja kerja yang melibatkan hijrahnya diri mualaf itu dari alam kufur ke alam mukminin!

Barangsiapa yang terlibat didalam kerja bodoh ini bertaubatlah kamu segera!

Jangan mencari bala Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Tak berbaloi kawan!

Ehsan: http://mahaguru58.blogspot.com